SALJI

move word

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

Saturday 29 December 2012


PERASAAN CINTA . APA ADA DENGAN CINTA ?                                   

CINTA ADALAH ANUGERAH TERINDAH YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK KITA IAITU HAMBANYA . SYUKUR ALHAMDULILLAH .
CINTA ADALAH BERSIFAT MEMBERIKAN SEMANGAT YANG POSITIF DAN MENGUATKAN SESEORANG ITU BUKANNYA MELEMAHKAN DAN MENJATUHKAN SESEORANG ITU  . CINTA SEJATI IALAH CINTA YANG TERBIT DENGAN KEIKHLASAN YANG MENEBAL DI DALAM DIRI . DENGAN CINTA KITA DAPAT MENGENALI SANG PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T , CINTA JUGA KITA DAPAT MENGENALI RASUL KITA , DENGAN CINTA JUGA KITA KENAL SAUDARA KITAA . SUNGGUH HEBAT KUASA CINTA BUKAN .
CINTA ANTARA MANUSIA SEPERTI CINTA ADAM DAN HAWA .
APALAH ERTINYA HIDUP KALAU KITA MENGENALI DAN MENGERTI APA SEBENARNYA ERT CINTA YANG SEBENARNYA . SESUNGGUHNYA PERASAAN CINTA ITU SATU PERASAAN YANG IKHLAS LAGI SUCI . KENALILAH CINTA YANG SEBENAR DAN HAKIKI .

#SEMUTMANIS J

Saturday 22 December 2012

DOA UNTUK DITEMUKAN JODOH :)



Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”

semoga kita semua memperoleh jodoh yang baik . baiklah niat kita maka baiklah jadinya . amin .

#Semutmanis

Thursday 20 December 2012

amalkan dalam kehidupan kita . :)


J ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA J

Amalkan 5H dalam kehidupan kita .
apa itu lima H ?


H yang pertama ialah HATI : kenapa dengan hati ? kita hendaklah menjaga dan memelihara hati kita ini dari dinodai dan dari perkara-perkara yang kotor . Selain kita hendaklah menanamkan keimanan yang kukuh dan teguh dalam hati kita , Hal ini kerana hatilah merupakan segala punca , jikalau kita pandai jaga hati kita maka baiklah jadinya . Kalau kita tidak pandai menjaganya maka buruk lah jadinya .

H yang kedua ialah HINDARI : nak hindar apa ? hindari daripada melakukan keburukan dan kejahatan ini kerana perkara boleh mendatangkan dosa dan dimungkari oleh Allah S.W.T .
kita kena ingat buat jahat memang seronok tapi keseronokan itu akan hilang , akan tetapi dosa itu tidak akan hilang melainkan kita meminta keampunan kepada-Nya.

H yang ketiga ialah HAMPIRI : nak kena hampiri apa ea ? kita kenalah dan sepatutnya mendekatkan diri kita ini ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T  . Ini kerana perbuatan yang baik akan memperoleh pahala . Solat ialah antara cara kita mendekatkan diri kepada Allah .

H yang keempat ialah HIJRAH : nak hijrah ke mana ? hijrah bukan lah hanya berpindah dari satu tempat ke satu yang lain . Hijrah di sini menceritakan tentang kita hendak berubah dari seorang yang jahat kepada baik atau daripada baik kepada lebih baik . Selain itu , jikalau tempat tinggal kita berdekatan dengan perkara kemaksiatan , seboleh-bolehnya kita berpindah ke tempat yang lebih baik . Hal ini kerana ,takut pada suatu hari kelak kita akan terjebak sama

H yang keempat ialah HAJAT : nak hajat apa ? hajat di sini mengisahkan mengenai matlamat hidup . Kita hendaklah menanam atau mempunyai matlamat hidup dari kecil lagi agar kita tidak lari atau tersasar dari landasan yang kita akan lalui kelak . Antara contoh hajat ialah sebagai seorang yang ingin menghantar kedua orang mereka untuk menunaikan Haji , besar ganjarannya jikalau kita mempunyai matlamat sedemikian .


#semutmanis

Wednesday 19 December 2012

REMAJA YANG BERJAYA .


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat dan pembaca .
Hari ini saya ingin berkongsi bagaimanakah caranya seseorang remaja itu untuk mencapai kejayaan .

Bismillahirrahmaanirahim , sebagai pembuka bicara .

Antara langkah yang boleh diambil oleh remaja itu sendiri ialah dengan cara mempunyai matlamat yang tepat dan jelas . Hal ini kerana , jikalau kita mempunyai matlamat yang jelas kita akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai atau merealisasikan matlamat itu .

Selain itu kita haruslah mempunyai perancangan yang sempurna dan teratur bagi memperoleh kejayaan iaitu kita hendaklah pandai membahagikan masa , wang dan tenaga kita dengan cara yang betul . Ini kerana remaja pada masa kini lebih suka menghabiskan masa dan wang mereka ke arah perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri mereka . Oleh kita haruslah menghindari diri daripada melalukan perkara yang tidak berfaedah lagi tidak bermoral . Kita kena ingat setiap detik itu amatlah berharga nilai . Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya .

Seterusnya kita haruslah mempunyai keazaman dan tekad yang kuat di dalam diri kita . Dengan adanya keazaman yang kuat kita akan menempuh sebarang dugaan dengan sabar dan tenang . Selain itu , kita hendaklah mengambil kritikan orang di sekeliling itu sebagai pembakar semangat kita , makin dikritik makin kuat dan bertambah semangat kita .
Akhir sekali kita hendaklah memulakan sesuatu perkara itu dengan niat kerana Allah S.W.T . Ini kerana , agar perbuatan yang kita lakukan itu akan mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh-Nya . Dan kita tidak lupa juga dengan kedua-dua ibu bapa kita , mintalah mereka mendoakan dan merestui kita . Ingatlah doa seorang ibu makbul .

Assalamualaikum .
#semutmanis

Tuesday 9 October 2012

TAKTAU KENAPA

kenapa dengan malam niey  !
aku tak boleh nak tidur dan merasakan gelisah , apa yang tak kena niey .
dah dengan tiba-tiba jea badan aku rasa nak demam . panas jea .
urmmm

tiba-2 aku terfikir sejenak mengenai diri aku .
 aku tanya diri aku masih ada kah aku di dunia ini pada esok hari .
dan cukup kea amalan dan ibadah yang aku kerja kan selama ini .

bagaimana dengan dosa aku . pahala aku .
lantas perasaan rindu ku terhadap kedua ibubapa ku mula timbul ,
nak call tapi dah jam berapa , kesian dengan dorang dan ganggu dorang rehat , yeala siang mereka bekerja untuk menampung pembelajaran aku .

Monday 8 October 2012

Pengorbanan IbuBapa

Dulu orang cakap siapa yang dapat masuk universiti niey semua budak-budak pandai .
So aku set dalam mind aku yang aku tak akan dapat masuk universiti kerana aku bukannya pandai sangat macam budk lain , aku dapat result biasa jea .
Tapi alhamdulillah , tanpa aku sangka aku dapat juga tawaran untuk masuk kat universiti .
lepas aku pun cepat bagi tahu mak aku yang aku nie dapat tawaran masuk ke U .
then mak cakap tahniah then mak cakap" buat elok-elok dan capaikan cita-cita kamu dulu jangan lah asyik nak suka-suka jea" .  aku un jawab baiklah mirul akan buat yang terbaik .

masa aku nak masuk u niey whole family aku ikut nak hantar aku , macam apa jea kan rasa takut un ada rasa bangga un . Rasa takut sebab kalau-kalau aku takdapat capai cita-2 aku kat sini , sedih mak ayah aku nanti kerana diorang semua dah menaruh harapan yang tinggi dekat aku untk menjadi contoh yang baik kepada adik-adik . Rasa bangga pulak coz aku dapat keluarga yang bahagian and give 1000% support to me . Bila siap-siap daftar bagai , mak ayah aku pun kena lah balik , tapi kesian lah aku abah kena drive jauh kot dari pahang ke perak . Time aku rasa sedih sangat coz buat first timenya aku berpisah jauh dengan keluarga .

Tapi bila start kelas , kena guna laptop lak nak buat kerja bagai . terpaska aku call abah suruh post kan laptop guna pos express , then
 abah aku cakap "laptop tu memang nak guna sangat kea"
 aku jawab "yea" .
"kalau mcm itu abh tkyah post , biar abah dtg sana trus" abah
"takpayah lah , jauh kowt .lagy un abh bnyak keja " aku jawab
"takda-2 biar abah hantarkan , lusa abh datng"abh
aku un taktau nak jawab just mampu terdiam dan menjawab yeala dan thanks . tapi dalam hati aku rasa gelisah kerana aku tahu perjalan ke pahang sangat jauh dan mesti penat .so aku malam sbelum parent aku nak dtg tu , every hour aku call tanya dorang kat mana skunk ? sampai mak aku un penat nak jawab bukan apa wey , takut apa-2 jadi dekat dorg niey .
subuh tu aku call lagy tnya kat mana then mak aku jawab lagy setengah jam mak sampai . brulah lega hati bila dengar macam itu .


kesimpulan yang dapat aku simpulan dan menjadi tali ialah kita sebagai seorang anak haruslah mengenang jasa ibubapa kita kerana mereka sanggup mengorbankan apa sahaja demi kita iaitu anak-anak . jadi kita jangan lah mengsia-2 kan sebarang peluang yg kita perolehi dan gunakan lah ia dengn sbaik mungkin okay .

#semutmanis ^^

Saturday 29 September 2012

KEPERLUAN MANUSIA KEPADA AGAMA

- Beragama merupakan fitrah hidup setiap manusia di muka bumi , jadi kita sebagai tidak ari dari beragama , Hal menerangakan bahawanya manusia secara fitrahnya ingin memuja sesuatu yang dianggapnya tinggi dan agung iaitu Allah S.W.T .

-Agama yang benar akan dapat memberikan panduan dan arahan serta matlamat kehidupan yang betul . Dengan adanya matlamat yang jelas lagi benar , nescaya setiap manusia akan melalui kehidupannya dengan teratur .

-Agama yang benar  juga mampu membimbing kehidupan manusia dari terjerumus kelembahan kehinaan. Hal ini kerana agama yg benar terbukti mampu memberikan bimbingan yang sempurna kepada penganutnya .

Secara kesimpulanya , jelaslah bahawa manusia seistimewa mana sekalipun memerlukan agama yang benar berteraskan wahyu Allah S.W.T dan bimbingan rasulNya.Dengan itu manusia akan dapat hidup dengan lebih teratur dan dapat mencapai kebahagian yang hakiki di dunia mahupun di akhirat kelak .