SALJI

move word

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

Saturday 29 December 2012


PERASAAN CINTA . APA ADA DENGAN CINTA ?                                   

CINTA ADALAH ANUGERAH TERINDAH YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK KITA IAITU HAMBANYA . SYUKUR ALHAMDULILLAH .
CINTA ADALAH BERSIFAT MEMBERIKAN SEMANGAT YANG POSITIF DAN MENGUATKAN SESEORANG ITU BUKANNYA MELEMAHKAN DAN MENJATUHKAN SESEORANG ITU  . CINTA SEJATI IALAH CINTA YANG TERBIT DENGAN KEIKHLASAN YANG MENEBAL DI DALAM DIRI . DENGAN CINTA KITA DAPAT MENGENALI SANG PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T , CINTA JUGA KITA DAPAT MENGENALI RASUL KITA , DENGAN CINTA JUGA KITA KENAL SAUDARA KITAA . SUNGGUH HEBAT KUASA CINTA BUKAN .
CINTA ANTARA MANUSIA SEPERTI CINTA ADAM DAN HAWA .
APALAH ERTINYA HIDUP KALAU KITA MENGENALI DAN MENGERTI APA SEBENARNYA ERT CINTA YANG SEBENARNYA . SESUNGGUHNYA PERASAAN CINTA ITU SATU PERASAAN YANG IKHLAS LAGI SUCI . KENALILAH CINTA YANG SEBENAR DAN HAKIKI .

#SEMUTMANIS J

Saturday 22 December 2012

DOA UNTUK DITEMUKAN JODOH :)



Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”

semoga kita semua memperoleh jodoh yang baik . baiklah niat kita maka baiklah jadinya . amin .

#Semutmanis

Thursday 20 December 2012

amalkan dalam kehidupan kita . :)


J ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA J

Amalkan 5H dalam kehidupan kita .
apa itu lima H ?


H yang pertama ialah HATI : kenapa dengan hati ? kita hendaklah menjaga dan memelihara hati kita ini dari dinodai dan dari perkara-perkara yang kotor . Selain kita hendaklah menanamkan keimanan yang kukuh dan teguh dalam hati kita , Hal ini kerana hatilah merupakan segala punca , jikalau kita pandai jaga hati kita maka baiklah jadinya . Kalau kita tidak pandai menjaganya maka buruk lah jadinya .

H yang kedua ialah HINDARI : nak hindar apa ? hindari daripada melakukan keburukan dan kejahatan ini kerana perkara boleh mendatangkan dosa dan dimungkari oleh Allah S.W.T .
kita kena ingat buat jahat memang seronok tapi keseronokan itu akan hilang , akan tetapi dosa itu tidak akan hilang melainkan kita meminta keampunan kepada-Nya.

H yang ketiga ialah HAMPIRI : nak kena hampiri apa ea ? kita kenalah dan sepatutnya mendekatkan diri kita ini ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T  . Ini kerana perbuatan yang baik akan memperoleh pahala . Solat ialah antara cara kita mendekatkan diri kepada Allah .

H yang keempat ialah HIJRAH : nak hijrah ke mana ? hijrah bukan lah hanya berpindah dari satu tempat ke satu yang lain . Hijrah di sini menceritakan tentang kita hendak berubah dari seorang yang jahat kepada baik atau daripada baik kepada lebih baik . Selain itu , jikalau tempat tinggal kita berdekatan dengan perkara kemaksiatan , seboleh-bolehnya kita berpindah ke tempat yang lebih baik . Hal ini kerana ,takut pada suatu hari kelak kita akan terjebak sama

H yang keempat ialah HAJAT : nak hajat apa ? hajat di sini mengisahkan mengenai matlamat hidup . Kita hendaklah menanam atau mempunyai matlamat hidup dari kecil lagi agar kita tidak lari atau tersasar dari landasan yang kita akan lalui kelak . Antara contoh hajat ialah sebagai seorang yang ingin menghantar kedua orang mereka untuk menunaikan Haji , besar ganjarannya jikalau kita mempunyai matlamat sedemikian .


#semutmanis

Wednesday 19 December 2012

REMAJA YANG BERJAYA .


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat dan pembaca .
Hari ini saya ingin berkongsi bagaimanakah caranya seseorang remaja itu untuk mencapai kejayaan .

Bismillahirrahmaanirahim , sebagai pembuka bicara .

Antara langkah yang boleh diambil oleh remaja itu sendiri ialah dengan cara mempunyai matlamat yang tepat dan jelas . Hal ini kerana , jikalau kita mempunyai matlamat yang jelas kita akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai atau merealisasikan matlamat itu .

Selain itu kita haruslah mempunyai perancangan yang sempurna dan teratur bagi memperoleh kejayaan iaitu kita hendaklah pandai membahagikan masa , wang dan tenaga kita dengan cara yang betul . Ini kerana remaja pada masa kini lebih suka menghabiskan masa dan wang mereka ke arah perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri mereka . Oleh kita haruslah menghindari diri daripada melalukan perkara yang tidak berfaedah lagi tidak bermoral . Kita kena ingat setiap detik itu amatlah berharga nilai . Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya .

Seterusnya kita haruslah mempunyai keazaman dan tekad yang kuat di dalam diri kita . Dengan adanya keazaman yang kuat kita akan menempuh sebarang dugaan dengan sabar dan tenang . Selain itu , kita hendaklah mengambil kritikan orang di sekeliling itu sebagai pembakar semangat kita , makin dikritik makin kuat dan bertambah semangat kita .
Akhir sekali kita hendaklah memulakan sesuatu perkara itu dengan niat kerana Allah S.W.T . Ini kerana , agar perbuatan yang kita lakukan itu akan mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh-Nya . Dan kita tidak lupa juga dengan kedua-dua ibu bapa kita , mintalah mereka mendoakan dan merestui kita . Ingatlah doa seorang ibu makbul .

Assalamualaikum .
#semutmanis