Assalamualaikum dan
selamat sejahtera kepada semua sahabat dan pembaca .
Hari ini saya ingin berkongsi bagaimanakah caranya seseorang remaja itu untuk mencapai kejayaan .
Bismillahirrahmaanirahim , sebagai pembuka bicara .
Antara langkah yang boleh diambil oleh remaja itu sendiri ialah dengan cara mempunyai matlamat yang tepat dan jelas . Hal ini kerana , jikalau kita mempunyai matlamat yang jelas kita akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai atau merealisasikan matlamat itu .
Selain itu kita haruslah mempunyai perancangan yang sempurna dan teratur bagi memperoleh kejayaan iaitu kita hendaklah pandai membahagikan masa , wang dan tenaga kita dengan cara yang betul . Ini kerana remaja pada masa kini lebih suka menghabiskan masa dan wang mereka ke arah perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri mereka . Oleh kita haruslah menghindari diri daripada melalukan perkara yang tidak berfaedah lagi tidak bermoral . Kita kena ingat setiap detik itu amatlah berharga nilai . Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya .
Seterusnya kita haruslah mempunyai keazaman dan tekad yang kuat di dalam diri kita . Dengan adanya keazaman yang kuat kita akan menempuh sebarang dugaan dengan sabar dan tenang . Selain itu , kita hendaklah mengambil kritikan orang di sekeliling itu sebagai pembakar semangat kita , makin dikritik makin kuat dan bertambah semangat kita .

Akhir sekali kita
hendaklah memulakan sesuatu perkara itu dengan niat kerana Allah S.W.T . Ini kerana , agar perbuatan yang kita
lakukan itu akan mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh-Nya . Dan kita tidak lupa juga dengan kedua-dua ibu bapa
kita , mintalah mereka mendoakan dan merestui kita . Ingatlah doa seorang
ibu makbul .
Assalamualaikum .
#semutmanis
#semutmanis
macam penceramah motivasi ..already follow your blog ...do follow my blog http://achikbiey.blogspot.com/ ...~bieybah~
ReplyDelete