SALJI

move word

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

Thursday, 20 December 2012

amalkan dalam kehidupan kita . :)


J ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA J

Amalkan 5H dalam kehidupan kita .
apa itu lima H ?


H yang pertama ialah HATI : kenapa dengan hati ? kita hendaklah menjaga dan memelihara hati kita ini dari dinodai dan dari perkara-perkara yang kotor . Selain kita hendaklah menanamkan keimanan yang kukuh dan teguh dalam hati kita , Hal ini kerana hatilah merupakan segala punca , jikalau kita pandai jaga hati kita maka baiklah jadinya . Kalau kita tidak pandai menjaganya maka buruk lah jadinya .

H yang kedua ialah HINDARI : nak hindar apa ? hindari daripada melakukan keburukan dan kejahatan ini kerana perkara boleh mendatangkan dosa dan dimungkari oleh Allah S.W.T .
kita kena ingat buat jahat memang seronok tapi keseronokan itu akan hilang , akan tetapi dosa itu tidak akan hilang melainkan kita meminta keampunan kepada-Nya.

H yang ketiga ialah HAMPIRI : nak kena hampiri apa ea ? kita kenalah dan sepatutnya mendekatkan diri kita ini ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T  . Ini kerana perbuatan yang baik akan memperoleh pahala . Solat ialah antara cara kita mendekatkan diri kepada Allah .

H yang keempat ialah HIJRAH : nak hijrah ke mana ? hijrah bukan lah hanya berpindah dari satu tempat ke satu yang lain . Hijrah di sini menceritakan tentang kita hendak berubah dari seorang yang jahat kepada baik atau daripada baik kepada lebih baik . Selain itu , jikalau tempat tinggal kita berdekatan dengan perkara kemaksiatan , seboleh-bolehnya kita berpindah ke tempat yang lebih baik . Hal ini kerana ,takut pada suatu hari kelak kita akan terjebak sama

H yang keempat ialah HAJAT : nak hajat apa ? hajat di sini mengisahkan mengenai matlamat hidup . Kita hendaklah menanam atau mempunyai matlamat hidup dari kecil lagi agar kita tidak lari atau tersasar dari landasan yang kita akan lalui kelak . Antara contoh hajat ialah sebagai seorang yang ingin menghantar kedua orang mereka untuk menunaikan Haji , besar ganjarannya jikalau kita mempunyai matlamat sedemikian .


#semutmanis

No comments:

Post a Comment