SALJI

move word

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

Tuesday, 8 January 2013


WALAUPUN AKU TAU KU BUKAN YG TERBAIK UNTUKMU NAMUN PERASAANKU TERHADAPMU TIDAK PERNAH BERUBAH PADA MU .

                    

 KEHADIRAN MU DI DALAM HIDUP KU TELAH MENGUBAH CARA HIDUPKU YANG DULUNYA TIDAK TENTU ARAH TUJUNYA DAN KINI ALHAMDULLILAH KU TELAH DITUNJUKKAN JALAN YANG BETUL DAN JELAS . SYUKUR KEPADA-NYA KERANA TELAH MEMBERI KESEMPATAN UNTUK AKU BERUBAH DAN MENCARI APA ERTI KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA DAN CARA UNTUK MENGHARGAINYA . DAN KU BERSYUKUR KERANA DIKURNIAKAN RAKAN-RAKAN YANG SOLEH DAN SOLEHA :)

ASSALAMUALAIKUM J

Saturday, 29 December 2012


PERASAAN CINTA . APA ADA DENGAN CINTA ?                                   

CINTA ADALAH ANUGERAH TERINDAH YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK KITA IAITU HAMBANYA . SYUKUR ALHAMDULILLAH .
CINTA ADALAH BERSIFAT MEMBERIKAN SEMANGAT YANG POSITIF DAN MENGUATKAN SESEORANG ITU BUKANNYA MELEMAHKAN DAN MENJATUHKAN SESEORANG ITU  . CINTA SEJATI IALAH CINTA YANG TERBIT DENGAN KEIKHLASAN YANG MENEBAL DI DALAM DIRI . DENGAN CINTA KITA DAPAT MENGENALI SANG PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T , CINTA JUGA KITA DAPAT MENGENALI RASUL KITA , DENGAN CINTA JUGA KITA KENAL SAUDARA KITAA . SUNGGUH HEBAT KUASA CINTA BUKAN .
CINTA ANTARA MANUSIA SEPERTI CINTA ADAM DAN HAWA .
APALAH ERTINYA HIDUP KALAU KITA MENGENALI DAN MENGERTI APA SEBENARNYA ERT CINTA YANG SEBENARNYA . SESUNGGUHNYA PERASAAN CINTA ITU SATU PERASAAN YANG IKHLAS LAGI SUCI . KENALILAH CINTA YANG SEBENAR DAN HAKIKI .

#SEMUTMANIS J

Saturday, 22 December 2012

DOA UNTUK DITEMUKAN JODOH :)



Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”

semoga kita semua memperoleh jodoh yang baik . baiklah niat kita maka baiklah jadinya . amin .

#Semutmanis

Thursday, 20 December 2012

amalkan dalam kehidupan kita . :)


J ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA J

Amalkan 5H dalam kehidupan kita .
apa itu lima H ?


H yang pertama ialah HATI : kenapa dengan hati ? kita hendaklah menjaga dan memelihara hati kita ini dari dinodai dan dari perkara-perkara yang kotor . Selain kita hendaklah menanamkan keimanan yang kukuh dan teguh dalam hati kita , Hal ini kerana hatilah merupakan segala punca , jikalau kita pandai jaga hati kita maka baiklah jadinya . Kalau kita tidak pandai menjaganya maka buruk lah jadinya .

H yang kedua ialah HINDARI : nak hindar apa ? hindari daripada melakukan keburukan dan kejahatan ini kerana perkara boleh mendatangkan dosa dan dimungkari oleh Allah S.W.T .
kita kena ingat buat jahat memang seronok tapi keseronokan itu akan hilang , akan tetapi dosa itu tidak akan hilang melainkan kita meminta keampunan kepada-Nya.

H yang ketiga ialah HAMPIRI : nak kena hampiri apa ea ? kita kenalah dan sepatutnya mendekatkan diri kita ini ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T  . Ini kerana perbuatan yang baik akan memperoleh pahala . Solat ialah antara cara kita mendekatkan diri kepada Allah .

H yang keempat ialah HIJRAH : nak hijrah ke mana ? hijrah bukan lah hanya berpindah dari satu tempat ke satu yang lain . Hijrah di sini menceritakan tentang kita hendak berubah dari seorang yang jahat kepada baik atau daripada baik kepada lebih baik . Selain itu , jikalau tempat tinggal kita berdekatan dengan perkara kemaksiatan , seboleh-bolehnya kita berpindah ke tempat yang lebih baik . Hal ini kerana ,takut pada suatu hari kelak kita akan terjebak sama

H yang keempat ialah HAJAT : nak hajat apa ? hajat di sini mengisahkan mengenai matlamat hidup . Kita hendaklah menanam atau mempunyai matlamat hidup dari kecil lagi agar kita tidak lari atau tersasar dari landasan yang kita akan lalui kelak . Antara contoh hajat ialah sebagai seorang yang ingin menghantar kedua orang mereka untuk menunaikan Haji , besar ganjarannya jikalau kita mempunyai matlamat sedemikian .


#semutmanis

Wednesday, 19 December 2012

REMAJA YANG BERJAYA .


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat dan pembaca .
Hari ini saya ingin berkongsi bagaimanakah caranya seseorang remaja itu untuk mencapai kejayaan .

Bismillahirrahmaanirahim , sebagai pembuka bicara .

Antara langkah yang boleh diambil oleh remaja itu sendiri ialah dengan cara mempunyai matlamat yang tepat dan jelas . Hal ini kerana , jikalau kita mempunyai matlamat yang jelas kita akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai atau merealisasikan matlamat itu .

Selain itu kita haruslah mempunyai perancangan yang sempurna dan teratur bagi memperoleh kejayaan iaitu kita hendaklah pandai membahagikan masa , wang dan tenaga kita dengan cara yang betul . Ini kerana remaja pada masa kini lebih suka menghabiskan masa dan wang mereka ke arah perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri mereka . Oleh kita haruslah menghindari diri daripada melalukan perkara yang tidak berfaedah lagi tidak bermoral . Kita kena ingat setiap detik itu amatlah berharga nilai . Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya .

Seterusnya kita haruslah mempunyai keazaman dan tekad yang kuat di dalam diri kita . Dengan adanya keazaman yang kuat kita akan menempuh sebarang dugaan dengan sabar dan tenang . Selain itu , kita hendaklah mengambil kritikan orang di sekeliling itu sebagai pembakar semangat kita , makin dikritik makin kuat dan bertambah semangat kita .
Akhir sekali kita hendaklah memulakan sesuatu perkara itu dengan niat kerana Allah S.W.T . Ini kerana , agar perbuatan yang kita lakukan itu akan mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh-Nya . Dan kita tidak lupa juga dengan kedua-dua ibu bapa kita , mintalah mereka mendoakan dan merestui kita . Ingatlah doa seorang ibu makbul .

Assalamualaikum .
#semutmanis

Tuesday, 9 October 2012

TAKTAU KENAPA

kenapa dengan malam niey  !
aku tak boleh nak tidur dan merasakan gelisah , apa yang tak kena niey .
dah dengan tiba-tiba jea badan aku rasa nak demam . panas jea .
urmmm

tiba-2 aku terfikir sejenak mengenai diri aku .
 aku tanya diri aku masih ada kah aku di dunia ini pada esok hari .
dan cukup kea amalan dan ibadah yang aku kerja kan selama ini .

bagaimana dengan dosa aku . pahala aku .
lantas perasaan rindu ku terhadap kedua ibubapa ku mula timbul ,
nak call tapi dah jam berapa , kesian dengan dorang dan ganggu dorang rehat , yeala siang mereka bekerja untuk menampung pembelajaran aku .

Monday, 8 October 2012

Pengorbanan IbuBapa

Dulu orang cakap siapa yang dapat masuk universiti niey semua budak-budak pandai .
So aku set dalam mind aku yang aku tak akan dapat masuk universiti kerana aku bukannya pandai sangat macam budk lain , aku dapat result biasa jea .
Tapi alhamdulillah , tanpa aku sangka aku dapat juga tawaran untuk masuk kat universiti .
lepas aku pun cepat bagi tahu mak aku yang aku nie dapat tawaran masuk ke U .
then mak cakap tahniah then mak cakap" buat elok-elok dan capaikan cita-cita kamu dulu jangan lah asyik nak suka-suka jea" .  aku un jawab baiklah mirul akan buat yang terbaik .

masa aku nak masuk u niey whole family aku ikut nak hantar aku , macam apa jea kan rasa takut un ada rasa bangga un . Rasa takut sebab kalau-kalau aku takdapat capai cita-2 aku kat sini , sedih mak ayah aku nanti kerana diorang semua dah menaruh harapan yang tinggi dekat aku untk menjadi contoh yang baik kepada adik-adik . Rasa bangga pulak coz aku dapat keluarga yang bahagian and give 1000% support to me . Bila siap-siap daftar bagai , mak ayah aku pun kena lah balik , tapi kesian lah aku abah kena drive jauh kot dari pahang ke perak . Time aku rasa sedih sangat coz buat first timenya aku berpisah jauh dengan keluarga .

Tapi bila start kelas , kena guna laptop lak nak buat kerja bagai . terpaska aku call abah suruh post kan laptop guna pos express , then
 abah aku cakap "laptop tu memang nak guna sangat kea"
 aku jawab "yea" .
"kalau mcm itu abh tkyah post , biar abah dtg sana trus" abah
"takpayah lah , jauh kowt .lagy un abh bnyak keja " aku jawab
"takda-2 biar abah hantarkan , lusa abh datng"abh
aku un taktau nak jawab just mampu terdiam dan menjawab yeala dan thanks . tapi dalam hati aku rasa gelisah kerana aku tahu perjalan ke pahang sangat jauh dan mesti penat .so aku malam sbelum parent aku nak dtg tu , every hour aku call tanya dorang kat mana skunk ? sampai mak aku un penat nak jawab bukan apa wey , takut apa-2 jadi dekat dorg niey .
subuh tu aku call lagy tnya kat mana then mak aku jawab lagy setengah jam mak sampai . brulah lega hati bila dengar macam itu .


kesimpulan yang dapat aku simpulan dan menjadi tali ialah kita sebagai seorang anak haruslah mengenang jasa ibubapa kita kerana mereka sanggup mengorbankan apa sahaja demi kita iaitu anak-anak . jadi kita jangan lah mengsia-2 kan sebarang peluang yg kita perolehi dan gunakan lah ia dengn sbaik mungkin okay .

#semutmanis ^^