SALJI

move word

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

Wednesday, 20 March 2013

Tidur Mengikut Sunnah


PETUA TIDUR NABI SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.



Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.


Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. ( eshhh .. eshh .. eshhh )


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.



2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid.
Apa itu Tasbih Fatimah? :O : Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

Tambahan : ingin sekuat (tabah dlm menghadapi dugaan hidup sperti kehilangan ahli keluarga , kesusahan dan kepayahan dlm hidup dll ) Saidatina 
 fatimah Az-Zahra ( puteri Rasulullah , Isteri Saidina Ali ) , amalkan baca Tasbih  fatimah sebelom tidur spya bila esk kita bngun kita Sekuat Saidatina  fatimah :)) JOM AMALKAN !

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. ( jgn lupa ayatul kursi sekali ! ) as our PROTECTION InSya-Allah , Allah is always protect us ( trutama org yg SENTIASA mengamalkan ayatul kursi ) !


5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.






( lafaz , niat : SAHAJA AKU SOLAT SUNAT TAHAJJUD DUA RAKAAT TUNAI KERANA ALLAH TAALA )

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita ( kalau merajok dgn org trsayang tuh , sebelom tido dah kena maapkan :D ) dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur .Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. ( ewahhh , HHAHAAHA :D  )
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. ( can u imagine , how sweet gaya Rasulullah tidur . Masya-Allah ! )


Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur .Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur....


INSYAALLAH SAMA SAMA KITA AMALKAN DAN SAMPAIKAN ( sharing is caring ! )



Thursday, 24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL


assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapakan .

 Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Menyambut Maulidur Rasul .
Sesungguh sambutan adalah salah cara kita untuk menunjukan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W . marilah kita mengambil sedikit masa kita untuk berselawat keatasnya kerana banyak manfaat akan kita peroleh dan jadikan saat ini @ ketika ini sebagai detik perubahan dalam diri kita daripada kurang baik kepada yang lebih baik . Amin



Sesungguhnya orang yang patut kita rindui dan cintai adalah Rasulullah S.A.W

#semutmanis

Tuesday, 8 January 2013


WALAUPUN AKU TAU KU BUKAN YG TERBAIK UNTUKMU NAMUN PERASAANKU TERHADAPMU TIDAK PERNAH BERUBAH PADA MU .

                    

 KEHADIRAN MU DI DALAM HIDUP KU TELAH MENGUBAH CARA HIDUPKU YANG DULUNYA TIDAK TENTU ARAH TUJUNYA DAN KINI ALHAMDULLILAH KU TELAH DITUNJUKKAN JALAN YANG BETUL DAN JELAS . SYUKUR KEPADA-NYA KERANA TELAH MEMBERI KESEMPATAN UNTUK AKU BERUBAH DAN MENCARI APA ERTI KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA DAN CARA UNTUK MENGHARGAINYA . DAN KU BERSYUKUR KERANA DIKURNIAKAN RAKAN-RAKAN YANG SOLEH DAN SOLEHA :)

ASSALAMUALAIKUM J

Saturday, 29 December 2012


PERASAAN CINTA . APA ADA DENGAN CINTA ?                                   

CINTA ADALAH ANUGERAH TERINDAH YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK KITA IAITU HAMBANYA . SYUKUR ALHAMDULILLAH .
CINTA ADALAH BERSIFAT MEMBERIKAN SEMANGAT YANG POSITIF DAN MENGUATKAN SESEORANG ITU BUKANNYA MELEMAHKAN DAN MENJATUHKAN SESEORANG ITU  . CINTA SEJATI IALAH CINTA YANG TERBIT DENGAN KEIKHLASAN YANG MENEBAL DI DALAM DIRI . DENGAN CINTA KITA DAPAT MENGENALI SANG PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T , CINTA JUGA KITA DAPAT MENGENALI RASUL KITA , DENGAN CINTA JUGA KITA KENAL SAUDARA KITAA . SUNGGUH HEBAT KUASA CINTA BUKAN .
CINTA ANTARA MANUSIA SEPERTI CINTA ADAM DAN HAWA .
APALAH ERTINYA HIDUP KALAU KITA MENGENALI DAN MENGERTI APA SEBENARNYA ERT CINTA YANG SEBENARNYA . SESUNGGUHNYA PERASAAN CINTA ITU SATU PERASAAN YANG IKHLAS LAGI SUCI . KENALILAH CINTA YANG SEBENAR DAN HAKIKI .

#SEMUTMANIS J

Saturday, 22 December 2012

DOA UNTUK DITEMUKAN JODOH :)



Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”

semoga kita semua memperoleh jodoh yang baik . baiklah niat kita maka baiklah jadinya . amin .

#Semutmanis

Thursday, 20 December 2012

amalkan dalam kehidupan kita . :)


J ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA J

Amalkan 5H dalam kehidupan kita .
apa itu lima H ?


H yang pertama ialah HATI : kenapa dengan hati ? kita hendaklah menjaga dan memelihara hati kita ini dari dinodai dan dari perkara-perkara yang kotor . Selain kita hendaklah menanamkan keimanan yang kukuh dan teguh dalam hati kita , Hal ini kerana hatilah merupakan segala punca , jikalau kita pandai jaga hati kita maka baiklah jadinya . Kalau kita tidak pandai menjaganya maka buruk lah jadinya .

H yang kedua ialah HINDARI : nak hindar apa ? hindari daripada melakukan keburukan dan kejahatan ini kerana perkara boleh mendatangkan dosa dan dimungkari oleh Allah S.W.T .
kita kena ingat buat jahat memang seronok tapi keseronokan itu akan hilang , akan tetapi dosa itu tidak akan hilang melainkan kita meminta keampunan kepada-Nya.

H yang ketiga ialah HAMPIRI : nak kena hampiri apa ea ? kita kenalah dan sepatutnya mendekatkan diri kita ini ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T  . Ini kerana perbuatan yang baik akan memperoleh pahala . Solat ialah antara cara kita mendekatkan diri kepada Allah .

H yang keempat ialah HIJRAH : nak hijrah ke mana ? hijrah bukan lah hanya berpindah dari satu tempat ke satu yang lain . Hijrah di sini menceritakan tentang kita hendak berubah dari seorang yang jahat kepada baik atau daripada baik kepada lebih baik . Selain itu , jikalau tempat tinggal kita berdekatan dengan perkara kemaksiatan , seboleh-bolehnya kita berpindah ke tempat yang lebih baik . Hal ini kerana ,takut pada suatu hari kelak kita akan terjebak sama

H yang keempat ialah HAJAT : nak hajat apa ? hajat di sini mengisahkan mengenai matlamat hidup . Kita hendaklah menanam atau mempunyai matlamat hidup dari kecil lagi agar kita tidak lari atau tersasar dari landasan yang kita akan lalui kelak . Antara contoh hajat ialah sebagai seorang yang ingin menghantar kedua orang mereka untuk menunaikan Haji , besar ganjarannya jikalau kita mempunyai matlamat sedemikian .


#semutmanis

Wednesday, 19 December 2012

REMAJA YANG BERJAYA .


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat dan pembaca .
Hari ini saya ingin berkongsi bagaimanakah caranya seseorang remaja itu untuk mencapai kejayaan .

Bismillahirrahmaanirahim , sebagai pembuka bicara .

Antara langkah yang boleh diambil oleh remaja itu sendiri ialah dengan cara mempunyai matlamat yang tepat dan jelas . Hal ini kerana , jikalau kita mempunyai matlamat yang jelas kita akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai atau merealisasikan matlamat itu .

Selain itu kita haruslah mempunyai perancangan yang sempurna dan teratur bagi memperoleh kejayaan iaitu kita hendaklah pandai membahagikan masa , wang dan tenaga kita dengan cara yang betul . Ini kerana remaja pada masa kini lebih suka menghabiskan masa dan wang mereka ke arah perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri mereka . Oleh kita haruslah menghindari diri daripada melalukan perkara yang tidak berfaedah lagi tidak bermoral . Kita kena ingat setiap detik itu amatlah berharga nilai . Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya .

Seterusnya kita haruslah mempunyai keazaman dan tekad yang kuat di dalam diri kita . Dengan adanya keazaman yang kuat kita akan menempuh sebarang dugaan dengan sabar dan tenang . Selain itu , kita hendaklah mengambil kritikan orang di sekeliling itu sebagai pembakar semangat kita , makin dikritik makin kuat dan bertambah semangat kita .
Akhir sekali kita hendaklah memulakan sesuatu perkara itu dengan niat kerana Allah S.W.T . Ini kerana , agar perbuatan yang kita lakukan itu akan mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh-Nya . Dan kita tidak lupa juga dengan kedua-dua ibu bapa kita , mintalah mereka mendoakan dan merestui kita . Ingatlah doa seorang ibu makbul .

Assalamualaikum .
#semutmanis